Monday, December 22, 2008

speaker parlimen palestin dipenjara

BAITULMAQDIS 17 Dis. - Sebuah mahkamah tentera Israel menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan ke atas Speaker Parlimen Palestin, Aziz Dweik kerana menjalinkan hubungan dengan pergerakan Hamas.
Keputusan itu bermakna Aziz mungkin dibebaskan dalam masa kira-kira lapan bulan lagi memandangkan beliau sudah pun ditahan di penjara sejak lebih 28 bulan lalu.
Peguam Aziz, Fadi al-Qawasmi semalam berkata, pendakwa raya Israel merancang untuk memfailkan rayuan bagi meminta hukuman lebih panjang.
Seorang jurucakap tentera Israel berkata, Aziz juga boleh dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama dua tahun.Hamas menggambarkan hukuman tersebut sebagai bermotif politik semata-mata…
Ulasan: Bila zalim menguasai negara, tunggulah detik kehancuran dari Allah... semua ni sekadar alasan saja depa nak laksanakan dan sebarkan hegemoni depa....

No comments:

Post a Comment