Saturday, December 13, 2008

Kedah: Zipy oo zipy


Alhamdulillah atas kurniaan Allah akan negeriku yang aman damai... bersyukur dipilihNya menteri besar yang mantop!!

Atas tindakan yang cepat dan bijak menteri besar dimana tindakan pertamanya ketika dilantik menjadi mb, menghold sat projek berbilion Zipy dan mengkaji semula.. apabila keputusan dibuat, projek Zipy tersebut x la di batalkan tapi dipinda.... dimana pertamanya, telah menyelamatkan tanah ekonomi pertanian yang subur seluas 3000 ekar tanah rakyat selain mengelak dari rakyat terpaksa berpindah... menyebabkan lebih banyak pengaliran dana negeri ke pada pembaziran yang masih boleh dielakkan..

Oleh yang demikian, projek Zon Industri Petroleum Yan (zipy), yang melibatkan pembinaan paip gas sepanjang 300km dari Yan hingga ke Bachok, Kelantan telah diubah menggunakan system penambakan pantai bagi menjayakan projek berkenaan.

Kata menteri besar lagi pindaan baru ini berjaya meningkatkan keuntungan sebanyak 5peratus berbanding sebelumnya...

Ujar Ust Azizan lagi, sebelum ini kerajaan negeri telah berbincang dengan 5 syarikat yang terlibat dengan projek berkenaan, antaranya Merapoh Resources Sdn Bhd, Hijaz Refinery Sdn Bhd, Trans-Peninsula Petroleum Sdn Bhd, Pristine Oil Malaysia Sdn Bhd dan SKS Devolepment Sdn Bhd. Mereka menyambut baik cadangan ust azizan berkenaan..
Projek ini bakal menarik pelaburan sebanyak RM 83 billion, diatas tanah seluas 360 hektar.

Alhamdulilah, beberapa minggu selepas pemindaan projek berkenaan, negara dilanda kekurangan bekalan beras negara berikutan kesukaran mendapat bekalan beras dari negara luar seperti sebelum ini.. walau bagaimanapun, tanah subur yang diselamatkan kerajaan dari pelaksanaan Zipy di kawasan berkenaan berjaya mengimbangi kekurangan bekalan sumber makanan negeri.. hal yang demikian sbg implikasi baik berikutan pelaksanaan negeri pertanian kedah yang bakal bergelar 'Belanda Malaysia' atau 'Belanda timur'... sebagaimana belanda menjadi pengeksport makanan keseluruh eropah..

No comments:

Post a Comment