Saturday, December 13, 2008

Kedah pada kedudukan 145 dunia!!


Pasukan bola sepak Negeri Kedah terus mengharumkan Negeri Hijau Kuning ini dengan prestasinya yang membanggakan.. Tiga bulan selepas peralihan kuasa kerajaan yang baru tidak mencacatkan lagi prestasi skuad kenari ini bahkan berjaya meningkatkan lagi taraf prestasi kelab ke tangga 145 antara kelab-kelab dunia..

Ini bermakna kedah telah berjaya mendaki 121 anak tangga dalam masa sebulan. Pada bulan lalu, Kedah dalam kedudukan 226 seperti yang dikeluarkan Statistik dan Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa(IFFHS) serta diiktiraf oleh persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)...

Penilaian kepada kedudukan itu dikira dengan jumlah pungutan mata berdasarkan pencapaian kelab di kejohanan utama termasuk liga domestik.. Kedah yang berkongsi kedudukannya dengan sebuah kelab dari Fayenoord,Belanda dengan 95mata....

Lebih membanggakan apabila kedudukan tersebut berjaya mengatasi kelab-kelab ternama lain spt, Aston Villa, Ajax Armsterdam dan Manchester City..

Tapi jgn salah faham ini x bermaksud yang pasukan kedah adalah lebih hebat dari kelab diatas mahupun Fayenoord, mata yang diperolehi adalah berdasarkan percaturan semasa prestasi pasukan dalam sebarang kejohanan yang diiktiraf..

Insyallah moga prestasi Kedah akan bertambah tingkat lagi berikutan beberapa desusu-desas beberapa perancangan akan dilaksanakan kerajaan baru Kedah dalam proses memantapkan lagi mutu bola sepak negeri yang mulai rapuh dimakan anai-anai berbaur "rasuah,kotor,wang,politik dll'

No comments:

Post a Comment