Friday, January 16, 2009

Assyahid SaiD Seyam


Jumaat ,16/01/2009 - Said Seyam, salah seorang pemimpin Hamas dan Menteri Dalam Negeri yang dilantik kerajaan Ismail Haneyya, terbunuh pada petang Khamis semalam bersama dengan anak lelaki beliau , abangnya dan isteri abang beliau dalam satu serangan udara Israel di sebuah rumah dalam kawasan Yarmouk di pusat bandar raya Gaza.
Sumber-sumber Hamas berkata , Seyam terbunuh apabila jet pejuang Israel mengebom rumah Sheikh Eyad Seyam, abang kepada Said Seyam semasa lawatan beliau ke rumah abangnya. Pengawal peribadi Said Seyam turut terbunuh.
Said Seyam dilahirkan pada 22 Julai 1959 di kem pelarian Shati’ barat bandar Gaza setelah keluarga beliau diusir pada tahun 1948 daripada kampung Jura berdekatan bandar raya Askalan.
Beliau menamatkan pengajian di Maktab Perguruan di Ramallah pada 1980 dengan mendapat diploma mengajar sains dan matematik.
Beliau memperolehi ijazah dalam Pengajian Islam daripada Jerusalem Open University pada 2000.
Beliau mengajar pada sekolah-sekolah UNRWA di Gaza daripada 1980 sehingga 2003. Akibat tekanan oleh majikan kerana keterlibatan beliau di dalam politik, beliau terpaksa berhenti mengajar. Beliau merupakan bapa enam orang anak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

penterjemah : Abu Awatif

Monday, December 22, 2008

Tragedi di bukit antarabangsa adalah berdasarkan pada kecuaian manusia sendiri...


(Penduduk setuju kenyataan Mohd. Zin)KUALA LUMPUR 14 Dis. - Jawatankuasa Bertindak Bukit Antarabangsa bersetuju dengan pandangan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed yang mengatakan kejadian tanah runtuh di penempatan itu pada 6 Disember lalu adalah disebabkan oleh kecuaian manusia.

Pengerusinya, Datuk N. Muneandy berkata, Mohd. Zin merupakan individu yang paling tepat untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian berdasarkan portfolionya pada masa ini.''Akhirnya, ada pihak yang menyokong pendirian kami bahawa runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa bukan disebabkan oleh bencana alam," katanya kepada pemberita dekat sini hari ini.

Semalam, Mohd. Zin melahirkan rasa terkejutnya apabila mendapati terdapat air hujan yang bertakung di Taman Bukit Mewah yang dipercayainya menjadi punca pada kejadian tanah runtuh di situ 6 Disember lalu.

''Saya percaya kejadian ini berpunca daripada perbuatan manusia dan bukannya kejadian alam semula jadi," katanya.Pada 6 Disember lalu, empat mangsa terbunuh dan 14 lagi cedera apabila 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa dekat sini ranap dalam kejadian tanah runtuh…


Ulasan: Bila manusia melanggar undang-undang alam, tunggulah akibatnya. Ada orang membuat duit daripada pembangunan dan membayar kepada orang tertententu untuk meluluskannya yang kemudiannya runtuh lantas menyusahkan rakyat. Akan terus berlaku selagi BN/UMNO memegang kuasa pemerintahan negara dan negeri.

kanak-kanak dieksploitasikan!!! mana keadilan!! kata haram tlibat!!




Kanak-kanak dieksploitasikan!!! mana keadilan!! kata haram tlibat!!... Sapa yang nak bendung kesongsangan yang mana mempunyai kuasa dan menguasai... Cakap sekadar cakap... hak sampai kan kepada kanak-kanak kecil pun terabai.. mana keadilan nihh... ni gambar kanak-kanak ketika pru-12 dulu...

aihhhhh!!! panas!!! panas!!!

Bandaraya Alor Star- tetiba j.. alor star digemparkan tetiba j... mai nak pilihanraya dan selepas baru jaa kerajaan baru mentadbir nihhh!! mai la plakk kes baru... tergembar gak cukai pintu nak nek... bekalan air x dpt sik... ni semua angkara org dalaman yg mana sebelum ni berbakti pd parti pemerintah sebelum ni...
Dah kena reject, jd pembangkang buat la cara pembangkang... n dok buat mcm dok tadbir lg.. serabut rakyat abeh aihh!! sat mcm 2 sat mcm nih... bagi sat kami ni rakyat relax dulu.... had kerajaan baru nek nih... baru naik 9 bulan... kalu sorang mak nih baru nak beranak saja dalam 9 bulan nih... dan la anak ni besar dulu... kalu mcm ni bila rakyat nak aman... dulu bagi ampa perintah ampa makan kami.... dok nak suruh kami ikut kepala ampa plak!! cukup lah pisang x berbuah 2 kali!! gunung jerai had dah kena tarah dah x buleh naik jd mcm asal balik dah aih...
Luu ingat gua cakap men2 ka... ni suma experience.. bapak aku ada company sdn bhd punya... buat projek ngan kerajaan ngan lambat bayar... jenuh pak aku rekau nak cover.. projek bukan puluhh inggit, belas dan puluhan inggit... jual reta la... nak buat cam na ni la sumber pencarian keluarga aku...
utang banyak sabit 2 lambat bayar... duit bukan ada tp tiap2 taun akhir sampai masuk awal bulan tahun baru dok kira nak renovate saja.... modified barang dalam, sistem hub la suma had lates tiap2 tahun tapi reja xdak...
laa aku pi sendiri waktu buat cotation pi ngan bdak reja len ngan bapak aku... masuk bahagian it wisma laa.. memang bidang ni kepakaran kami.. had dok reja mana la ngan mai lewat... dok belek internet.. tgk ebay.. weh x dak reja ka... sakit ati jgak aku nih!!!
kalau ampa ada sana tobat pedih!! aku penat2 reja tuk nak bagi ampa fasiliti yg kira selesa laa nak men2 chatting, beli brg dlm internet.. pas2 rakyat penat2 kerja susah payah upa2 nya nak suap bapak jenohok (kerajaan waktu 2) makan.... cukup la suma nihh!! sabit 2 had sokong pakat2 kalih... lagi sokong lg 2 dok kebulok kuasa makan duit rakyat... x guna..
Waktu parti baru ni perintah.. mb kedah baru ni pi batu 9.. jumpa rakyat pakai reta buruk dia saja.. sampai polis pun x perasan. tub2 dah sampi.... dan nak balik baru polis escot dia balik..

speaker parlimen palestin dipenjara

BAITULMAQDIS 17 Dis. - Sebuah mahkamah tentera Israel menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan ke atas Speaker Parlimen Palestin, Aziz Dweik kerana menjalinkan hubungan dengan pergerakan Hamas.
Keputusan itu bermakna Aziz mungkin dibebaskan dalam masa kira-kira lapan bulan lagi memandangkan beliau sudah pun ditahan di penjara sejak lebih 28 bulan lalu.
Peguam Aziz, Fadi al-Qawasmi semalam berkata, pendakwa raya Israel merancang untuk memfailkan rayuan bagi meminta hukuman lebih panjang.
Seorang jurucakap tentera Israel berkata, Aziz juga boleh dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama dua tahun.Hamas menggambarkan hukuman tersebut sebagai bermotif politik semata-mata…
Ulasan: Bila zalim menguasai negara, tunggulah detik kehancuran dari Allah... semua ni sekadar alasan saja depa nak laksanakan dan sebarkan hegemoni depa....

Rusuhan antipolis yang berterusan


ATHENS 21 Dis. - Rusuhan antara kumpulan remaja dengan pihak polis masih berterusan di bandar raya ini sehingga malam tadi, sebagai membantah kejadian pembunuhan seorang remaja oleh polis dua minggu lalu.Insiden pembunuhan itu telah mencetuskan rusuhan di seluruh negara ini.

Rusuhan kali ini tercetus di sekitar Athens Polytechnic di daerah tempat kejadian pembunuhan itu berlaku.Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di daerah Exarchia iaitu lokasi Alexis Grigoropoulus, 15, ditembak mati oleh seorang anggota polis pada 6 Disember lalu, untuk menyertai protes yang dianjurkan kumpulan remaja yang menduduki kawasan tersebut…


Ulasan: Polis di mana-mana pun tidak pernah di berikan lesen untuk membunuh orang awam tanpa hak. Ingatkah lagi Peristiwa Memali 1985 dulu? Pemenangnya of course ialah pihak polis dari pelbagai cawangan. Sedih sekali kerana sekumpulan orang kampong di serang habis-habisan oleh polis menggunakan senjata canggih. Sayang pasukan polis di gunakan untuk kepentingan peribadi kerajaan BN. Seolah-olah tiada jalan lain untuk menamatkan masalah yang ada. Tapi mengapa sampai sekarang kes Memali tergantung?

kerajaan cuba disaman gapena??%^ apa hal??


22 Disember, Sebelum ini banyak pihak mengambil sikap menyepi terhadap langkah kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Matematik dan Sains.Hanya segelintir pihak sahaja terutamanya pembangkang begitu lantang mengkritik keputusan kerajaan yang dianggap cuba undur ke belakang, setelah 51 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Bagaimanapun kali ini Gabungan Penulis Nasional (Gapena) tiba-tiba lantang mengkritik kerajaan terhadap isu tersebut, biar pun banyak pihak menganggap ia agak terlambat. Ketua 1 Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein berkata, pihaknya merancang mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains.

Katanya, Gapena tetap menentang dasar kerajaan sekiranya terus mengekalkan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek terbabit kerana ia boleh mengakibatkan pelajar Melayu terutamanya di kawasan luar bandar ketinggalan.
"Kita tidak menentang bahasa Inggeris tetapi dengan penggunaannya dalam pengajaran subjek berkenaan boleh menggugatkan penggunaan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Malaysia kini seperti berada dalam zaman pancaroba akibat kekalahan teruk Umno pada pilihan raya umum ke-12 lalu sehingga ada segelintir pihak ingin menjadi hero tanpa merujuk kepada perlembagaan negara untuk bertindak," ujar beliau selepas perasmian seminar Perpaduan Melayu di sini, kelmarin.
Seminar itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan, Persatuan Penulis Kelantan (PPK) dan Persatuan Seniman dan Penulis Pasir Puteh (PUSPA). Dr Ismail berkata, tindakan yang dilakukan kerajaan bertentangan dengan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan berhubung status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Menurutnya, bangsa Melayu kini menghadapi pelbagai dugaan dan ancaman sehingga diperkotak katikkan orang lain.
Namun katanya, dalam zaman pancaroba sekarang orang Melayu seharusnya mengambil sikap berhikmah demi melihat perpaduan kaum menjadi lebih jitu. "Justeru itu ramai cendikiawan, pemimpin Melayu, pencipta bahasa dan aktivis NGO sudah celik mata dan telah mengatur pelbagai program untuk membangkitkan semula semangat orang Melayu," ujarnya.
Tiga kertas kerja dibentangkan pada seminar itu iaitu 'Kebudayaan Melayu Sebagai Teras Budaya Kebangsaan' oleh Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Madya Dato' Zainal Abidin Borhan.
Kertas kerja kedua bertajuk 'Kefahaman Ketuanan Melayu' oleh Prof Dato' Dr Zainal Kling dan 'Penolakkan PPSMI' oleh anggota jawatankuasa Gapena, Haji Borhan Md Zain.

Saturday, December 20, 2008

Dulu 3 juta ,laa nie 16.3 juta....

Baling: Hasil dari polisi tender terbuka yg diamalkan, kerajaan negeri berjaya memperolehi pendapatan sebanyak rm16.3 juta dari pembalakan seluas 1000 hektar... dimana had pembalakan dah ditetapkan... bukan men suka-suka ja... lgpun mana leh x balak langsung beb... kalu dah jumpa mende lain leh ganti k laa... mana tau serbuk kayu campur nagn besi ka... leh jd pokok balak... hahaha mana tau.. tp satu dunia pun x dak lg teknologi yg leh ganti kayu balak nih... jd, biarlah balak nih terkawal mcm had sekarang nih.. dulu berleluasa x masuk tv pun tp la nie.. masyallah terbalik had buat baik kena beletiaq plakk... 'salah bapa cari mak yg x betuiii' aka 'rakyat salah pilih pemimpin'.... not related kat sapa2 noh....
"Sebelum ini kawasaan yg sama cuma dapat rm3 juta sj. ini semua duit rakyat'' jelas YAB Dato' Seri Haji Azizan Abd Razak semasa menyampaikan ucapan pd majlis penyerahan Watikah perlantikan ketua kampung/ komuniti daerah baling, 17 nov lalu...
Polisi2 kerajaan berhubung pengurusan dan amalan berkaitan kewangan ternyata berjaya mengukuhkan kedudukan kewangan dan menambahkan hasil pendapatan negeri ini disamping mendatangkan manfaat besar kpd kepentingan rakyat...
Sebelum ni penyata kira2 kerajaan menunjukkan lebihan sebanyak 28 juta slps 6 bulan memerintah... la dah 9 bulan... waallahua'lam manyak mana pun gua x tahu...
Perkembangan tersebut gak disumbangkan secara x langsung dari polisi belanja berhemah ngan pengurangan sebanyak 30% perbelanjaan tuk pmbanggunan dan 10% tuk perbelanjaan mengurus yg dilaksanakan slps kenaikan minyak wa cakp luu... mana kata time minyak nek... ni la tahap yg leh maintain 2.... bayangkan had laa bila minyak dah turun.... sendiri mau pikir la beb!!.. 30% 2.. makna kata sblm n belanja boros lebih 30%... 30% pun kalu 3,4 inggit... x pa tp ni men juta punya... depa makan duit kot... makan ngn sireh skitt..hahah..
dah la biaq balak suka ati letak 3 juta ja.... haa informa aku pun adaa ckp... 3 juta la.. had dok tlg ni pun dapat skit la habuan 10 ribu k juta k... sabik senang-senang dpt tender...
Ustaz Azizan lak kata dah amal x men underwater world nya nego... suma sapa nak balak kena bid... sapa bid paling tinggi had 2 yang dia amek... makna kata balak skit dapat dapat pendapatan lumayan... ni suma harta rakyat pas ni nk bg kat mangsa bencana alam.. bantuan sek..dll.... ni suma hutan negeri, tanah negeri, hak rakyat, duit pun duit rakyat..... silap pilih pemerintah harta kita pun kena sapu.. duit kita pun kena sapu... lama2 anak bini kita dia kata had dia... "beringat sebelum kena, berjaga2 sebelum terlena, dana dah lena bila nak jaga".... Lu pikir la beb!!!

Thursday, December 18, 2008

Bush!! Coward!..




HAA!! di sini ada kisah menarik...

kisah seorang pengembala keldai ngan keldainya..... baru2 ni dah gempar masuk berita yang mana keldai n sekor yang sedar akan kecelakaan tuannya yang selama n ingatkan keldai n binatang yang bodoh.... selalu nya keldai2 ni besa makan sedap mcm sayu' kangkong, bayam, pizza lalang...tp tuan dia bagi makan tabblet ngan pil... bunyi cam teknologi skit, sedap n' best... padahal 2 suma ada racun bg gila, merosakkan akal keldai.... semut mati, najis... muntah tuan dia kata wain.... sedap ada vitamin c... tp alhamdllah tuan dia ni nk pencen dia ingat jasa bek dia selama ni dihargai umat keldainya padahal makhluk yang dia jd kan puppet dia selama ni dok diam akal berisi...cuba murtad x mau jd keldai lagi sebab dah cuba skett2 berevolusi jd singa mcm singa kat singapore 2.... oooo dia hari2 makan rumput... tuan dia makan ayam golek, satay, campati.. lebih bek makan 2 lagi sodap... sekaligus mcm makan suma 2 dah.... haah

n baru sekor keldai lama2 nanti pas beberapa tribe dorang dah berevolusi baru yang len ikut murtad pada yang batil n' bersama di soff pjuangan yang haqq... skaligus meningkatkan moral yang sedang bjuang dimedan yang haqq yang dah lama down.... Insyaallah doakan akan daulah Islam yang bakal kembali... "The Return of The Khulafah"


Barisan pelakon,
Bush aka si gembala keldai.......
Wariors of slipper n' slapper...........
Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dilempar dengan kasut pada sidang akhbar beliau di Baghdad baru-baru ini. Sidang akhbar itu merupakan kali terakhir Bush berada di Iraq sebelum berundur sebagai presiden pada 20 Januari ini.
Ketika Bush menamatkan ucapan beliau, seorang wartawan stesen televisyen Iraq, Muntadhar al-Zeidi telah melemparkan kasut ke arah Bush. Bush pun cuakk bro!!! Walau bagaimanapun Bush sempat mengelak.
Yang menariknya, rakyat negara Iraq serta negara-negara Arab yang lain menyambut gembira berita tersebut. Malah mereka menganggap Muntadhar sebagai wira kerana berani menunjukkan rasa kebencian secara terang-terang terhadap Bush yang bertanggung jawab ke atas pembunuhan, kacau-bilau dan penderitaan yang ditanggung bertahun-tahun oleh penduduk Iraq.
Dalam budaya Arab, membaling kasut ke arah seseorang merupakan satu penghinaan yang amat besar. Ia seolah-olah memberitahu sesorang bahawa : “Awak lebih hina daripada kotoran di tapak kasut saya”.
“Semua rakyat Iraq harus bangga dengan lelaki berani ini. Sejarah akan selama-lamanya mengingati beliau,” kata seorang guru sekolah rendah di Baghdad.
Seorang profesor sains politik di Universiti An Najah di Tebing Barat, Abdel-Sattar Qassem, berkata, “Bush mahu mengakhiri kepemimpinannya dengan pujian dan kata-kata aluan daripada konconya di negara Arab dan Islam. Tetapi kasut pula diterimanya daripada seorang lelaki Arab sebenar menandakan sejarah hitam Bush dan membolehkan orang Arab berasa bangga semula.”
Ini menunjukkan betapa marahnya rakyat-rakyat Iraq terhadap kekejaman Amerika Syarikat selama ini. Harap-harap janganlah perkara ini juga berlaku di negara kita. Maklumlah kan rakyat negara kita suka meniru gaya orang. Orang nak buat rusuhan sambil berbogel, kita pun nak ikut. Ish-ish.. Mungkin ini merupakan tindakan yang paling teruk apabila rakyat sudah mula hilang kepercayaan terhadap pemimpin-pemimpin mereka.

Saturday, December 13, 2008

Kedah: Zipy oo zipy


Alhamdulillah atas kurniaan Allah akan negeriku yang aman damai... bersyukur dipilihNya menteri besar yang mantop!!

Atas tindakan yang cepat dan bijak menteri besar dimana tindakan pertamanya ketika dilantik menjadi mb, menghold sat projek berbilion Zipy dan mengkaji semula.. apabila keputusan dibuat, projek Zipy tersebut x la di batalkan tapi dipinda.... dimana pertamanya, telah menyelamatkan tanah ekonomi pertanian yang subur seluas 3000 ekar tanah rakyat selain mengelak dari rakyat terpaksa berpindah... menyebabkan lebih banyak pengaliran dana negeri ke pada pembaziran yang masih boleh dielakkan..

Oleh yang demikian, projek Zon Industri Petroleum Yan (zipy), yang melibatkan pembinaan paip gas sepanjang 300km dari Yan hingga ke Bachok, Kelantan telah diubah menggunakan system penambakan pantai bagi menjayakan projek berkenaan.

Kata menteri besar lagi pindaan baru ini berjaya meningkatkan keuntungan sebanyak 5peratus berbanding sebelumnya...

Ujar Ust Azizan lagi, sebelum ini kerajaan negeri telah berbincang dengan 5 syarikat yang terlibat dengan projek berkenaan, antaranya Merapoh Resources Sdn Bhd, Hijaz Refinery Sdn Bhd, Trans-Peninsula Petroleum Sdn Bhd, Pristine Oil Malaysia Sdn Bhd dan SKS Devolepment Sdn Bhd. Mereka menyambut baik cadangan ust azizan berkenaan..
Projek ini bakal menarik pelaburan sebanyak RM 83 billion, diatas tanah seluas 360 hektar.

Alhamdulilah, beberapa minggu selepas pemindaan projek berkenaan, negara dilanda kekurangan bekalan beras negara berikutan kesukaran mendapat bekalan beras dari negara luar seperti sebelum ini.. walau bagaimanapun, tanah subur yang diselamatkan kerajaan dari pelaksanaan Zipy di kawasan berkenaan berjaya mengimbangi kekurangan bekalan sumber makanan negeri.. hal yang demikian sbg implikasi baik berikutan pelaksanaan negeri pertanian kedah yang bakal bergelar 'Belanda Malaysia' atau 'Belanda timur'... sebagaimana belanda menjadi pengeksport makanan keseluruh eropah..