Monday, December 22, 2008

Rusuhan antipolis yang berterusan


ATHENS 21 Dis. - Rusuhan antara kumpulan remaja dengan pihak polis masih berterusan di bandar raya ini sehingga malam tadi, sebagai membantah kejadian pembunuhan seorang remaja oleh polis dua minggu lalu.Insiden pembunuhan itu telah mencetuskan rusuhan di seluruh negara ini.

Rusuhan kali ini tercetus di sekitar Athens Polytechnic di daerah tempat kejadian pembunuhan itu berlaku.Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di daerah Exarchia iaitu lokasi Alexis Grigoropoulus, 15, ditembak mati oleh seorang anggota polis pada 6 Disember lalu, untuk menyertai protes yang dianjurkan kumpulan remaja yang menduduki kawasan tersebut…


Ulasan: Polis di mana-mana pun tidak pernah di berikan lesen untuk membunuh orang awam tanpa hak. Ingatkah lagi Peristiwa Memali 1985 dulu? Pemenangnya of course ialah pihak polis dari pelbagai cawangan. Sedih sekali kerana sekumpulan orang kampong di serang habis-habisan oleh polis menggunakan senjata canggih. Sayang pasukan polis di gunakan untuk kepentingan peribadi kerajaan BN. Seolah-olah tiada jalan lain untuk menamatkan masalah yang ada. Tapi mengapa sampai sekarang kes Memali tergantung?

No comments:

Post a Comment