Thursday, December 18, 2008

Bush!! Coward!..




HAA!! di sini ada kisah menarik...

kisah seorang pengembala keldai ngan keldainya..... baru2 ni dah gempar masuk berita yang mana keldai n sekor yang sedar akan kecelakaan tuannya yang selama n ingatkan keldai n binatang yang bodoh.... selalu nya keldai2 ni besa makan sedap mcm sayu' kangkong, bayam, pizza lalang...tp tuan dia bagi makan tabblet ngan pil... bunyi cam teknologi skit, sedap n' best... padahal 2 suma ada racun bg gila, merosakkan akal keldai.... semut mati, najis... muntah tuan dia kata wain.... sedap ada vitamin c... tp alhamdllah tuan dia ni nk pencen dia ingat jasa bek dia selama ni dihargai umat keldainya padahal makhluk yang dia jd kan puppet dia selama ni dok diam akal berisi...cuba murtad x mau jd keldai lagi sebab dah cuba skett2 berevolusi jd singa mcm singa kat singapore 2.... oooo dia hari2 makan rumput... tuan dia makan ayam golek, satay, campati.. lebih bek makan 2 lagi sodap... sekaligus mcm makan suma 2 dah.... haah

n baru sekor keldai lama2 nanti pas beberapa tribe dorang dah berevolusi baru yang len ikut murtad pada yang batil n' bersama di soff pjuangan yang haqq... skaligus meningkatkan moral yang sedang bjuang dimedan yang haqq yang dah lama down.... Insyaallah doakan akan daulah Islam yang bakal kembali... "The Return of The Khulafah"


Barisan pelakon,
Bush aka si gembala keldai.......
Wariors of slipper n' slapper...........
Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dilempar dengan kasut pada sidang akhbar beliau di Baghdad baru-baru ini. Sidang akhbar itu merupakan kali terakhir Bush berada di Iraq sebelum berundur sebagai presiden pada 20 Januari ini.
Ketika Bush menamatkan ucapan beliau, seorang wartawan stesen televisyen Iraq, Muntadhar al-Zeidi telah melemparkan kasut ke arah Bush. Bush pun cuakk bro!!! Walau bagaimanapun Bush sempat mengelak.
Yang menariknya, rakyat negara Iraq serta negara-negara Arab yang lain menyambut gembira berita tersebut. Malah mereka menganggap Muntadhar sebagai wira kerana berani menunjukkan rasa kebencian secara terang-terang terhadap Bush yang bertanggung jawab ke atas pembunuhan, kacau-bilau dan penderitaan yang ditanggung bertahun-tahun oleh penduduk Iraq.
Dalam budaya Arab, membaling kasut ke arah seseorang merupakan satu penghinaan yang amat besar. Ia seolah-olah memberitahu sesorang bahawa : “Awak lebih hina daripada kotoran di tapak kasut saya”.
“Semua rakyat Iraq harus bangga dengan lelaki berani ini. Sejarah akan selama-lamanya mengingati beliau,” kata seorang guru sekolah rendah di Baghdad.
Seorang profesor sains politik di Universiti An Najah di Tebing Barat, Abdel-Sattar Qassem, berkata, “Bush mahu mengakhiri kepemimpinannya dengan pujian dan kata-kata aluan daripada konconya di negara Arab dan Islam. Tetapi kasut pula diterimanya daripada seorang lelaki Arab sebenar menandakan sejarah hitam Bush dan membolehkan orang Arab berasa bangga semula.”
Ini menunjukkan betapa marahnya rakyat-rakyat Iraq terhadap kekejaman Amerika Syarikat selama ini. Harap-harap janganlah perkara ini juga berlaku di negara kita. Maklumlah kan rakyat negara kita suka meniru gaya orang. Orang nak buat rusuhan sambil berbogel, kita pun nak ikut. Ish-ish.. Mungkin ini merupakan tindakan yang paling teruk apabila rakyat sudah mula hilang kepercayaan terhadap pemimpin-pemimpin mereka.

No comments:

Post a Comment